Home Tempatan Serbuan bukan dibuat suka-suka – Khaled

Serbuan bukan dibuat suka-suka – Khaled

SHARE
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

JOHOR BAHRU 26 Feb. – Serbuan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di negeri ini dipercayai bukan dibuat secara suka-suka.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya serbuan berkenaan dilakukan kerana SPRM mempunyai maklumat atau asas yang kukuh.

“Saya percaya tindakan SPRM tu berdasarkan aduan dan bukan dibuat dengan suka-suka. Saya tak fikir mereka suka-suka bangun tidur mana nak tembak orang tu dia pergi cari orang tu.

“Jadi, biarlah mereka jalankan siasatan,” katanya selepas merasmikan Program Subsidi Tambang Bas Sekolah di Dewan Taman Cendana di Pasir Gudang, dekat sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, SPRM menahan enam orang termasuk anak dan pegawai khas kepada seorang pegawai kerajaan negeri kerana terlibat dalam penyelewengan dan rasuah melibatkan hartanah di Johor.

Keenam-enam suspek yang berusia antara 25 hingga 50 ditahan kira-kira 8.30 pagi di sekitar negeri ini kelmarin. – UTUSAN ONLINE

utusan online

Comments