Home Antarabangsa Serantau Muslim teruskan misi Flotilla

Serantau Muslim teruskan misi Flotilla

SHARE

RAKHINE – MYANMAR. Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) telah meneruskan usaha mengumpul dana bagi memastikan misi Flotilla dapat diteruskan.

Pengerusi Serantau Muslim, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob berkata, langkah itu diteruskan bagi menimbulkan kesedaran masyarakat terhadap nasib umat Islam Rohingya.

“Beberapa bulan lalu, seluruh dunia telah terarah kepada misi kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar yang digagaskan oleh NGO Islam di Malaysia.

“Misi yang turut disertai beberapa NGO dari 13 buah negara berbeza tersebut telah menggemparkan semua pihak termasuklah kerajaan Myanmar biarpun kelancarannya tidak mengikut perancangan awal kerana terpaksa menghadapi pelbagai sekatan dan rintangan.

“Biarpun dimaklumkan kesukaran untuk melepasi wilayah sekatan tersebut, beliau berkata, pihaknya tetap berusaha untuk melepasinya bagi menyalurkan sumbangan kepada umat Islam Rohingya yang dizalimi.

“Hasil bantuan beberapa pihak, Serantau Muslim telah berjaya untuk memasuki wilayah sekatan yang meliputi perkampungan etnik Rohingya yang dikepung oleh pemerintah Myanmar,” katanya lagi

Misi tersebut telah memakan masa selama tiga hari iaitu 19 hingga 21 April lalu.

“Ini adalah permulaan misi kami, banyak lagi misi besar yang akan kami laksanakan selepas ini.

“Serantau Muslim akan menggiatkan lagi usaha untuk mengumpul sumbangan orang ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia,” katanya.

Sinar Online

Comments