Home Antarabangsa Seorang lagi remaja Palestin mati ditembak Zionis

Seorang lagi remaja Palestin mati ditembak Zionis

SHARE
SEORANG remaja Palestin maut akibat kecederaan, hari ini sehari selepas beliau ditembak tentera Israel. - Foto AFP

GAZA: Seorang remaja Palestin maut akibat kecederaan, semalam sehari selepas beliau ditembak tentera Israel, ketika pertempuran di sempadan Gaza, kata Kementerian Kesihatan wilayah dikuasai Hamas itu.

Muadh al-Suri, 15, ditembak di perut, semalam di tengah Gaza, kata jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra. Ia menjadikan jumlah penduduk Palestin ditembak mati Israel, ketika pertempuran itu kepada dua orang dengan lebih 200 mangsa lain cedera.

Menurut tentera Zionis, kira-kira 8,000 penduduk Gaza berkumpul di beberapa lokasi berbeza di sempadan, semalam untuk melakukan sabotaj terhadap pagar sempadan Israel.

Berita Harian

Comments