Home Tempatan Seni mempertahankan diri erat perpaduan antara kaum

Seni mempertahankan diri erat perpaduan antara kaum

SHARE

KUALA LUMPUR 23 Mei – Seni mempertahankan diri bukan sahaja digunakan sebagai ‘alat’ bagi melindungi diri daripada serangan musuh namun ianya mampu menjadi platform mengukuhkan perpaduan dalam kalangan peserta.

Malaysia All Styles Martial Arts Showcase 2017 yang diadakan semalam berjaya menghimpunkan penyertaan pelbagai ahli seni mempertahankan diri dari seluruh negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Selain itu, program turut dimeriahkan dengan kehadiran Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang berkenan hadir dan bergambar kenang-kenangan bersama sebahagian peserta.

UTUSAN ONLINE

Comments