Home Tempatan Semua pihak tidak perlu khuatir RUU355

Semua pihak tidak perlu khuatir RUU355

SHARE

MELAKA, 8 Rejab 1438H, Rabu – Seminar ‘Transformasi Pemikiran Islam’ merupakan medium terbaik menjelaskan kedudukan Islam yang sebenar dalam kalangan generasi muda, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata, penjelasan ini begitu perlu bagi mereka di peringkat institusi pengajian tinggi agar mereka tidak mudah dipengaruhi pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berucap merasmikan penutupan seminar itu anjuran Universiti Teknologi Mara Kampus Bandaraya di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Idris turut menyentuh isu pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

Katanya, semua pihak terutama masyarakat bukan Islam tidak perlu khuatir dengan pindaan itu kerana ia hanya bertujuan menambahbaik undang-undang berkenaan.

Beliau berkata, penambahbaikan berkenaan tidak akan mengganggu-gugat aturan undang-undang yang selama ini dilaksanakan di Malaysia iaitu ‘common law’ dan ‘syariah law’.- Bernama

 

Comments