Home Tempatan Semua negara bebas guna Selat Melaka, Laut China Selatan

Semua negara bebas guna Selat Melaka, Laut China Selatan

SHARE

TOKYO: Malaysia dan Jepun bersetuju untuk memastikan Selat Melaka dan Laut China Selatan bebas digunakan bagi tujuan pelayaran oleh semua negara.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata (rantau) Indo-Pasifik, termasuk Laut China Selatan, perlu bebas dan terbuka berlandaskan kedaulatan undang-undang serta dipelihara sebagai laluan awam global untuk keamanan dan kemakmuran serantau.

“Jepun sedia bekerjasama dengan mana-mana jua negara dalam menyokong konsep ini bersama-sama Malaysia. Saya berazam untuk meningkatkan lagi kerjasama demi keamanan dan kestabilan serantau, termasuk di kawasan keselamatan maritim,” katanya pada sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang berada di Tokyo kerana melakukan lawatan kerja ke Jepun.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

 

Comments