Home Tempatan Seminar Hari Pekerja 2017 pupuk perasan cinta Malaysia

Seminar Hari Pekerja 2017 pupuk perasan cinta Malaysia

SHARE

KUALA LUMPUR: Seminar Hari Pekerja 2017, hari ini memberi fokus kepada peranan penjawat awam untuk memupuk perasaan cinta dan sayang terutama dalam kalangan generasi muda kepada Malaysia.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, berkata ia sebagai usaha untuk meneruskan agenda pembangunan, membina kekuatan serta mendaulatkan negara.

“Pertama, kita berada dalam konteks kenegaraan Malaysiaku, bagaimana kita mahu meletak jati diri sebagai rakyat, penjawat awam untuk sayangi Tanah Air tercinta.

“Menerusi seminar ini juga, kita memberikan suntikan semangat mengenai isu semasa yang sedang berlaku dalam kalangan penjawat awam untuk pastikan mereka terus memberi perkhidmatan cemerlang,” katanya ketika ditemui BH pada seminar itu, di sini.

Sambutan Hari Pekerja 2017 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), esok.

Pada 16 April lalu, Kementerian Sumber Manusia dilaporkan berkata, pihaknya berharap sambutan kali ini menerusi tema Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi akan memastikan golongan pekerja terus kekal produktif dan berdaya saing dalam bidang pekerjaaan masing-masing.

Berita Harian

Comments