Home Tempatan Semak status pengundi baharu sehingga 19 Februari

Semak status pengundi baharu sehingga 19 Februari

SHARE

PUTRAJAYA: Orang ramai boleh menyemak status permohonan pendaftaran sebagai pengundi baharu atau pertukaran bahagian pilihan raya yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dipamerkan di semua pejabat SPR negeri di seluruh negara selama tujuh hari bermula hari ini.

SPR dalam satu kenyataan berkata, ia sudah mengeluarkan senarai tuntutan bagi Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Keempat (ST4/207) yang dipamerkan di semua pejabat SPR negeri.

Menurutnya, senarai tuntutan itu akan mempamerkan nama individu yang sudah mengemukakan permohonan pendaftaran baharu atau pertukaran bahagian pilihan raya.

“SPR menyeru semua pemilih yang sudah mengemukakan tuntutan supaya membuat semakan nama mereka termasuk individu yang namanya tidak dipamerkan dalam pameran Rang DPT ST4/2017 yang diadakan sebelum ini pada 17 hingga 30 Januari lalu.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments