Home Tempatan Semak status pengelola umrah di portal i-Umrah – Jawhar

Semak status pengelola umrah di portal i-Umrah – Jawhar

SHARE

PENDANG 26 Dis. – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) menasihatkan umat Islam menyemak maklumat status agensi pengelola umrah melalui portal i-Umrah jabatan itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Ketua Pengarah Jawhar, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, ia bagi membendung masalah penipuan pakej umrah yang semakin berleluasa dan melibatkan mangsa, terutamanya golongan kurang berkemampuan.

“Kerajaan telah menetapkan harga lantai bagi pakej umrah sebanyak RM4,900 dan mana-mana harga yang lebih rendah daripada itu adalah meragukan dan tidak boleh dipercayai.

“Berhati-hatilah dalam pembelian pakej umrah dan kalau ditawarkan bawah harga lantai RM4.900, siasat dahulu… kalau rasa ragu-ragu pilihlah syarikat dan agensi yang telah terbukti berwibawa dalam urusan berkaitan umrah ini agar urusan berkaitan visa juga berjalan lancar,” katanya selepas merasmikan Program Jawhar ‘Bersama Santuni Masyarakat’ di Kampung Pondok Chegar, di sini hari ini.

Ahmad Musadad berkata statistik Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia merekodkan kerugian berkaitan penipuan umrah lebih RM21 juta membabitkan 3,482 kes dari 2012 hingga Oktober tahun lepas.

Beliau tidak menolak kemungkinan kebanyakan kes penipuan itu berlaku disebabkan oleh sikap jemaah yang mahu pakej terlalu murah tanpa menyelidiki latar belakang sesuatu syarikat tersebut.

i-Umrah ialah sebuah portal yang dibangunkan khas bagi menyalurkan maklumat mengenai agensi-agensi pengelola umrah yang sah sebagai rujukan dan panduan kepada bakal-bakal jemaah umrah negara ini.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

UTUSAN ONLINE

Comments