Home Tempatan Semak daftar pemilih baharu dalam masa seminggu: SPR

Semak daftar pemilih baharu dalam masa seminggu: SPR

Parti-parti politik diminta memaklumkan kepada penyokong mereka untuk membuat semakan itu selepas sahaja SPR mengeluarkan senarai pemilih baharu yang disahkan

SHARE

KUALA LUMPUR, 11 Rejab 1439H, Khamis – Semakan terhadap daftar pemilih baharu untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) susulan usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, dijangka dapat diketahui dalam tempoh seminggu atau selewat-lewatnya pada hari penamaan calon.

Sehubungan itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata parti-parti politik diminta memaklumkan kepada penyokong mereka untuk membuat semakan itu selepas sahaja SPR mengeluarkan senarai pemilih baharu yang disahkan.

“Sebab itu, kita adakan Kempen Jom Semak dan Jom Kita Mengundi. Apabila dia buat semakan, dia akan dapat tahu. Kalau pada masa pencalonan dia (pengundi) akan dapat tahu siapa calon dia, siapa yang akan bertanding dalam kawasan dia…kalau sekolah, di sekolah mana (pusat mengundi).

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments