Home Tempatan Selepas Indira Gandhi, S Deepa Juga Mahu Murtadkan Anak?

Selepas Indira Gandhi, S Deepa Juga Mahu Murtadkan Anak?

SHARE

Kuala Lumpur: Setelah Mahkamah Persekutuan baru-baru ini mengambil keputusan untuk membatalkan pengislaman ketiga-tiga anak Indira Gandhi yang diislamkan suaminya, Riduan Abdullah, kini S Deepa pula ingin menuntut hak yang sama dan bercadang untuk memfailkan tuntutan undang-undang supaya dapat memurtadkan anak-anaknya, demikian menurut laporan yang diterbitkan oleh The Malay Mail Online.

Di laman Facebooknya, S Deepa juga menyatakan bekas suaminya yang bernama Izwan sebagai seorang yang bodoh, dan beliau bakal mencabar Izwan di Mahkamah.

“Kamu bodoh Izwan/Viran. Sebelum kamu memeluk agama Islam kamu adalah Hindu. Maka Syariah tidak boleh digunakan untuk Hindu. Kamu mesti bercerai di Mahkamah Sivil dan dapatkan hak penjagaan. Maka anak saya dulunya Hindu … Saya akan cabar kamu di mahkamah dan jumpa kamu di Mahkamah.”

Baru-baru ini Izwan Abdullah bertekad untuk tidak membenarkan anak-anaknya murtad.

Apabila dihubungi oleh The Star ibu S Deepa, Siti Aishah Abdullah menyatakan bahawa beliau gembira dengan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini (keputusan kes Izwan dan S Deepa), namun Deepa yang akan memutuskan sekiranya beliau ingin memfailkan kes baru.

Siti Aisyah Abdullah juga sebelum ini pernah memberitahu bahawa S Deepa dibantu oleh Woman’s Aid Organisation.

Comments