SHARE

SEREMBAN, 23 Feb ― Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri menegur selebriti yang memperaga fesyen dan kemewahan di tanah suci.

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata perbuatan memaparkan fesyen di media sosial tidak selari dengan ajaran agama dan boleh membawa kepada kesombongan, angkuh dan riyak, lapor Harian Metro.

“Kita kena kembali kepada prinsip Islam, bukan pergi ke sama memperaga (fesyen dan aksesori) dan tular menjadi masyhur.”

Beliau mengulas tindakan selebriti yang bergambar dengan fesyen terkini dan aksesori berjenama ketika menunaikan umrah dan ziarah di dua kota suci itu.

Asyraf juga menasihati masyarakat agar tidak mengagungkan selebriti khususnya mereka yang menggunakan agama untuk mempromosi diri.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

The Malay Mail Online

Comments