Home Tempatan Selangor sekat usaha tutup tahfiz

Selangor sekat usaha tutup tahfiz

SHARE

SABAK BERNAM – Selangor tidak akan sesekali membenarkan sebarang usaha pihak tertentu untuk menutup institusi tahfiz yang beroperasi di negeri ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, cadangan pihak tertentu untuk menutup pusat tahfiz disifatkan sebagai tidak wajar, apatah lagi ditimbulkan seorang yang beragama Islam.

Menurutnya, pusat tahfiz memainkan peranan untuk melahirkan lebih ramai huffaz di samping memastikan al-Quran sentiasa diperkasa dan terus subur dalam kalangan masyarakat Islam.

“Kita memang akui ada beberapa masalah tentang pusat tahfiz di negeri ini yang tidak berdaftar dan mengikut kurikulum ditetapkan, tetapi perkara ini boleh diatasi,” katanya pada sidang media selepas Hari Kecemerlangan Pelatih Baitul Ehsan Bahagian Pemulihan Al Riqab, Mais, di sini.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments