Home Tempatan Sekali Lagi Mustafa Akyol Bakal Bawa ‘Idea-Idea Liberal & Sesat’

Sekali Lagi Mustafa Akyol Bakal Bawa ‘Idea-Idea Liberal & Sesat’

SHARE

Kuala Lumpur: Wartawan dan penulis berketurunan Turki, Mustafa Akyol yang sering ke Malaysia membawa pemahaman sekular dan liberal bakal dijemput sekali lagi oleh Islamic Renaissance Front (IRF) yang baru-baru ini ditegur Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai sebuah pertubuhan yang membawa ‘idea-idea liberal dan sesat’.

Kali kini kedatangan Mustafa Akyol adalah untuk merasmikan buku nukilan Robert R. Reilly yang bertajuk ‘Tertutupnya Pemikiran Kaum Muslimin’ di Concorde Hotel Kuala Lumpur pada 23hb September akan datang.

Mustafa Akyol sebelum ini pernah membuat dakwaan bahawa Syariah itu adalah perkataan yang toksik dan tiada hukuman untuk pembuat dosa di dalam Islam.

Poster Pelancaran Buku “Tertutupnya Pemikiran Kaum Muslimin” anjuran Islamic Renaissance Front (IRF).

Buku yang pada asalnya berjudul, ‘The Closing of the Muslim Mind’, merupakan hasil karangan seorang mantan pegawai tentera Amerika Syarikat yang pernah berkhidmat sebagai Penasihat Kanan ketika Amerika Syarikat menyerang Iran pada tahun 2003.

Penerbitan buku ini adalah antara usaha Islamic Renaissance Front (IRF) untuk menterjemah karya-karya penulisan Orientalis dan Liberalis ke dalam Bahasa Melayu untuk pembacaan ramai.

Upacara pelancaran ini akan turut dimeriahkan dengan sebuah forum, yang antara lain akan dibarisi oleh Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa dari Parti Amanah Negara (PAN), YB Saari Sungib (PAN) dan Dato’ Dr Farouk Musa seorang aktivis Neo-Muktazilah dan pengasas IRF.

IRF nampaknya kebal dengan modus operandinya membawa masuk penceramah-penceramah luar yang sering kali membawa ‘idea-idea liberal dan sesat’.

Comments