Home Tempatan Sejarah Telah Membuktikan Tiada Bukan Islam Dihukum RUU 355!

Sejarah Telah Membuktikan Tiada Bukan Islam Dihukum RUU 355!

SHARE

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Haji Hadi Awang dalam pembentangan ketiga usul Pindaan RUU 355 menegaskan bahawa tidak ada seorang pun warganegara bukan Islam yang telah dihadapkan ke Mahkamah Syariah mahupun dijatuhkan hukuman berdasarkan perundangan Syariah selama ini.

Oleh yang demikian, pihak bukan Islam diharap tidak gusar untuk menyokong usul Pindaan RUU 355 kerana sememangnya golongan bukan Islam tidak terlibat.

“Sejarah telah membuktikan lebih 50 tahun yang lalu tidak ada seorang pun bukan Islam yang dikenakan di bawah Mahkamah Syariah negeri-negeri.”

Oleh itu, ahli-ahli Parlimen bukan Islam diminta untuk tidak bimbang. Presiden PAS itu juga menegaskan bahawa golongan bukan Islam adalah saudara kepada orang Islam, yang harus orang Islam lindungi hak mereka dan ini adalah sebahagian daripada takwa.

Pencerahan tersebut dikongsi beliau semasa membentang usul Pindaan RUU 355 di Parlimen sebentar tadi.

Comments