Home Tempatan Second opinion menurut al-Quran

Second opinion menurut al-Quran

SHARE
ANTARA saranan al-Quran bagi menangani manusia malas berfikir adalah mendengar pandangan orang lain atau second opinion. - GAMBAR HIASAN

KADANGKALA kita merasakan diri ini benar, tapi belum tentu kebenaran benar-benar memihak kepada kita. Boleh jadi ia nampak seperti benar kerana mata kita sudah diwarnai oleh kaca mata pilihan sendiri. Itulah sifat manusia, sentiasa berasa diri yang paling benar walaupun kebenaran itu masih samar. Sikap sebegini adalah fitrah manusia sebagaimana firman Allah SWT:

“(Jangan kamu jadi seperti orang Musyrikin), iaitu orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisih mengikut kecenderungan masing-masing dan mereka pula jadi berpuak-puak; setiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (fahaman dan amalan yang terpesong itu),” (al-Rum [30:32]).

Cukup ironi apabila para penyembah berhala di Mekah turut yakin mereka benar dan orang Islam sebenarnya yang sesat:

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments