Home Tempatan Sebagai Melayu Islam, Kami Paling Teruk Ditindas – Siti Kassim

Sebagai Melayu Islam, Kami Paling Teruk Ditindas – Siti Kassim

SHARE

Petaling Jaya: Himpunan anti Pindaan RUU 355 yang dianjurkan oleh BEBAS berakhir dengan hadirin dijemput untuk mematahkan rotan.

Sebagai simbol membantah hukum Hudud dan hukuman rotan yang akan dinaikkan kelak.

Perbuatan tersebut disambut dengan jeritan para hadirin membantah ‘Hadi’s Hudud’.

Sebelum bersurai hadirin bersorak-ria apabila tiba giliran Siti Kassim bercakap. Siti Kassim antara lain mendakwa beliau ‘tiada pilihan dilahirkan sebagai Melayu’ dan beliau dan bangsa Melayu lah ‘the most oppressed’ di Malaysia.

Kolumnis The Malaymail Online, Boo Su Lyn juga berucap menggesa hadirin menolak penindasan yang bakal menimpa dengan Pindaan RUU 355 yang dinamakan ‘Hadi’s laws’

BEBAS dan pihak-pihak yang membantah Pindaan RUU 355 sering melabel akta tersebut sebagai ‘Hadi’s Hudud’ atau ‘Hadi’s laws’

Comments