Home Tempatan Saya Tidak Tahu Bahasa Arab, Tapi Saya Lebih Faham Islam – Haris...

Saya Tidak Tahu Bahasa Arab, Tapi Saya Lebih Faham Islam – Haris Ibrahim

SHARE

Petaling Jaya: Dalam satu debat yang membahaskan cadangan pindaan RUU 355 kelolaan badan bukan kerajaan (NGO) BEBAS baru-baru ini, salah salah seorang panel yang dijemput, Saudara Haris Ibrahim, mendakwa bahawa perkataan hudud dalam al-Qur’an tidak merujuk kepada hukuman untuk kesalahan tetapi sebaliknya hudud adalah hasil daripada perundangan Islam (Islamic jurisprudence).

“Saya bukan seorang ulama’ Islam tetapi saya cuba untuk memahami agama saya. Setelah mengkaji al-Qur’an, saya mencapai kesimpulan bahawa perkataan ‘hudud’ muncul 14 kali dalam al-Qur’an, tetapi tidak satu pun membawa maksud ‘hukuman’, sebaliknya ia membawa maksud ‘had’ yang Allah telah tetapkan. Contohnya, hubungan antara lelaki dan perempuan, Allah telah tetapkan sekian, sekian”, kata beliau.

Aidil Khalid menjawab persoalan Haris Ibrahim dengan menegaskan tentang keperluan menguasai beberapa ilmu alat terutamanya menguasai bahasa Arab sebelum menguasai disiplin-disiplin lain dalam ilmu agama Islam. Ini kerana pemahaman syntax atau nahu (tatabahasa) bahasa Arab adalah keperluan asas dalam melakukan ‘ijtihad’.

Dalam menjawab cabaran Haris, saudara Aidil Khalid telah bertanyakan sama ada Haris Ibrahim tahu berbahasa Arab untuk membolehkannya membuat ijtihad berkenaan Islam. Lalu, Haris menjawab, “Tidak, saya tidak tahu berbahasa Arab”.

Aidil menyatakan, “Isu berkenaan fiqh bukanlah sesuatu yang boleh dikuasai oleh sesiapa sahaja tanpa ilmu bahasa dan ilmu-ilmu lain yang menjadi keperluan bagi tujuan itu”.

“Jika tidak, seseorang itu akan menjadi mangsa (terjerumus) kepada amaran Nabi s.a.w. iaitu ‘Barangsiapa yang berdusta atas namaku secara sengaja, maka hendaklah dia bersedia mengambil tempat duduknya di neraka’,” tegas Aidil merujuk kepada hadis dari riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Comments