Home Tempatan Saya Dicabul oleh Pembantu ADUN DAP

Saya Dicabul oleh Pembantu ADUN DAP

SHARE

PULAU PINANG: Seorang pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP telah didakwa atas kesalahan mencabul kehormatan seorang wanita yang baru memulakan tugas sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai, Pulau Pinang, Khamis lalu.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh The Star Online, mangsa yang berusia 21 tahun, yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, bersetuju untuk menemani pelanggannya itu yang dikenali sebagai pembantu ADUN DAP ke tempat letak kereta.

Menurut mangsa, lelaki itu secara mengejut telah menolaknya ke dinding, lalu mencium, memeluk dan telah mengeluarkan alat sulitnya, seterusnya memaksa mangsa untuk melakukan seks oral terhadapnya. Tan yang enggan menuruti kehendak lelaki tersebut berasa terkejut, takut dan menangis atas kejadian yang menimpanya.

Pencabul terus memaksa dirinya ke atas mangsa dan mencium mangsa walaupun mangsa cuba menahan paksaan itu. Lelaki tersebut kemudiannya memancutkan air maninya ke atas mangsa.

Tan dipercayai tampil ke hadapan untuk menceritakan kejadian ini supaya wanita lain tidak perlu melalui pengalaman yang sama sepertinya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar dalam kenyataan bertulis berkata pihak polis telah melihat rakaman kamera keselamatan yang menunjukkan suspek berjalan bersama Tan di kawasan letak kereta itu, tetapi kawasan dimana jenayah cabul itu berlaku tidak dapat dirakam oleh kamera.

Tan ditemani oleh bapa dan teman lelakinya dalam sidang akhbar di pejabat Parti Cinta Malaysia, Air Itam, turut membawa seluar yang dipakainya pada hari kejadian sebagai bahan bukti untuk membantu siasatan.

Susulan daripada keterangan mangsa, pembantu ADUN berusia 50 tahun, yang juga bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, telah ditahan pada hari Khamis dan telah direman selama dua hari.

Walau bagaimapun, menurut sumber, suspek telah dibebaskan dari tahanan reman semalam.

Comments