Home Tempatan Saya Bukan Tolak Institusi Diraja – Tun M

Saya Bukan Tolak Institusi Diraja – Tun M

SHARE

Putrajaya: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tindakan yang diambil beliau terhadap Institusi Diraja selama ini bukanlah satu penolakan, tetapi bagi mengelakkan Raja-Raja Melayu menimbulkan kemarahan sehingga rakyat memberontak.

“Kita kena jaga, Raja janganlah terlibat dengan benda-benda yang rakyat tidak suka. Rakyat tiada kuasa, tetapi bila dia dah marah, dia akan memberontak. Jangan jadi macam ini.”

“Jadi kita kena elak Raja dengan kebesarannya itu supaya tidak tercemar. Saya bukan menolak Raja-Raja tetapi saya berpendapat bahawa kalau Raja buat sesuatu yang salah, patutlah kita ambil tindakan iaitu menyelamatkan Raja,” ujar Tun Dr Mahathir seperti dalam Sinar Harian.

Tambahnya lagi, ini termasuklah menggubal undang-undang bagi menubuhkan Mahkamah Khas Raja-Raja.

“Macam kita ada undang-undang yang kita gubal sehingga tertubuhnya mahkamah khusus untuk Raja-Raja.”

Berhubung kelewatan angkat sumpah sebagai Perdana Menteri, beliau berkata, Raja-Raja perlu mematuhi undang-undang dan Perlembagaan Negara.

“Perkara macam itu tidak harus berlaku. Kita ada undang-undang. Kita ada perlembagaan. Kita kena akur kepada undang-undang. Kita nak kembali kepada ‘the rule of law’. Apabila sesuatu yang berlaku tidak mengikut undang-undang, maka akan menimbulkan kemarahan.

“Sebenarnya majoriti Raja-Raja tidak bersetuju kalau dilewat-lewatkan pelantikan itu. Ada yang datang jumpa saya, ada yang cuba meredakan keadaan, termasuk kelewatan saya angkat sumpah dan juga soal pelantikan Peguam Negara. Dan ini sudah diselesaikan atas nasihat Raja-Raja sendiri.”

Comments