Home Tempatan Saya Akan Pertahan Kerusi DUN Rantau – Tok Mat Hasan

Saya Akan Pertahan Kerusi DUN Rantau – Tok Mat Hasan

SHARE

Seremban – Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohammad Bin Hassan, dalam hantaran melalui aplikasi media sosial twitternya, mengumumkan beliau akan pertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau (DUN Rantau).

Beliau memuatnaik status tersebut selepas hadir mengikuti keputusan petisyen DUN Rantau di Mahkamah Tinggi Seremban semalam.

“Keputusan tidak memihak kepada saya dan PRK akan diadakan di dalam masa terdekat. Terima kasih kepada yang hadir memberi sokongan di mahkamah pagi tadi. Saya akan pertahan kerusi DUN Rantau di dalam PRK itu.”

Petisyen PRU14 difailkan oleh calon PKR, Dr. S Steram bagi kerusi Dun Rantau. Steram, 63, memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan PRU-14 bagi kerusi Dun Rantau di kawasan Parlimen Rembau di Mahkamah Tinggi Seremban pada 23 Mei lalu.

Beliau diwakili peguamnya, GP Sreekant, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Sathia Stella berbuat demikian bagi memohon perintah mahkamah supaya PRK diadakan di kawasan berkenaan.

Datuk Seri Mohamad Hasan dinamakan Dr Streram sebagai responden pertama; Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Rantau, Amino Agos sebagai kedua dan SPR sebagai responden ketiga.

Antara alasan diberikan adalah perjalanan penamaan calon PRU-14 tidak dilaksanakan mengikut undang-undang sehingga Steram dihalang menyerahkan borang pencalonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam PRU 14 lepas, Mohamad diumumkan menang tanpa bertanding bagi kerusi Dun Rantau selepas Steram gagal menghantar borang penamaan calon kerana tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon disebabkan tidak mempunyai pas SPR.

Mohamad Hasan daripada Barisan Nasional memenangi kerusi DUN Rantau pada PRU 11 dengan mendapat undian 8,031 undi menewaskan calon Barisan Alternatif, Badrul Hisham Shaharin yang memperolehi 1,832 undi.

Pada PRU 12, Mohamad Hasan(Barisan Nasional ) mengekalkan kerusi DUN dengan mendapat undian 7,739 menentang Aisah Lamsah dari Pakatan Rakyat yang mendapat 3,956 undi. Mohamad Hasan sekali lagi mengekalkan kerusi DUN Rantau pada PRU 13 dengan mendapat undian 10,126 undi menewaskan Aisah Lamsah dari Pakatan Rakyat yang memperolehi 5,513 undi. Majoriti yang diperolehi adalah sebanyak 4,613.

Comments