Home Antarabangsa Saudi tahan 18 suspek militan Daesh

Saudi tahan 18 suspek militan Daesh

SHARE

RIYADH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata, anggota keselamatan menahan 18 suspek disyaki anggota militan Daesh, termasuk pakar membuat bom.

Jurucakap kementerian, Mejar Jeneral Mansour al-Turki dalam satu kenyataan hari ini berkata, suspek termasuk rakyat Yaman ditahan di bandar suci Makkah dan Madinah serta dua bandar lain.

Beliau menambah, suspek memainkan peranan berbeza, termasuk operasi logistik dan rekrut, selain menyediakan perlindungan dan sokongan kewangan kepada militan.

Al-Turki berkata, suspek berpengalaman membuat bahan letupan dan jaket letupan. Arab Saudi menjadi sasaran beberapa pengeboman bunuh diri dan serangan lain didakwa dilakukan militan Daesh sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – AP

Berita Harian

 

Comments