Home Tempatan Satu Kampung Satu Gereja 1Malaysia – Pastor Afeef Halasah

Satu Kampung Satu Gereja 1Malaysia – Pastor Afeef Halasah

SHARE

Putrajaya: Orang Islam berhak untuk bebas murtad masuk agama Kristian, dan setiap kampung perlu sekurang-kurangnya ada satu gereja agar dakyah Kristian dapat disebarkan, menurut Pastor Afeef Halasah.

Beliau merupakan salah seorang pendakyah Kristian yang disenaraikan antara undangan program All Malaysian-Golden Gate Nation Revival Convocation (AMGGRC 2017) yang dianjurkan oleh Calvary Life Assembly (Chinese). Program tersebut mendapat bantahan secara besar-besaran di seluruh negara dengan lebih daripada 30 laporan polis dibuat di Melaka dan teguran oleh Ketua Menteri Melaka.

Pastor Afeef Halasah bertegas bahawa seorang Muslim yang berniat mahu murtad demi memeluk agama Kristian wajib meneruskan niatnya, meskipun terdapat perundangan di negara tersebut yang menghalang penukaran agamanya.

“Kita wajib mematuhi Tuhan terlebih dahulu,” tegas beliau.

“Apa urusan mana-mana kerajaan dengan hal yang begitu bersifat peribadi?” katanya lagi.

Beliau juga mempertikaikan halangan untuk memeluk agama Kristian, “Kenapa apabila seorang Muslim hendak mengikuti al-Masih (Christ) sebagai penyelamat dirinya, mengapa beliau dilayan sebagai seorang penjenayah? Manusia sepatutnya ada kebebasan untuk memilih kepercayaan mereka dan mempunyai kebebasan untuk mengamalkannya secara aman.”

Secara terangan tanpa berselindung beliau menuduh Islam sebagai agama yang menggalakkan keganasan.

Afeef Halasah menyoal, “Satu soalan yang mudah, mengapa kesemua serangan pengganas di semua tempat serata dunia adalah dilakukan oleh orang Islam yang warak yang diinspirasikan oleh iman mereka?”

“Sudah tiba masanya umat Islam seluruh dunia untuk menegaskan pendirian mereka menentang kesemua ayat-ayat Quran dan hadis-hadis nabi mereka yang menuntut umat Islam untuk membunuh golongan bukan Islam,” tegasnya.

Beliau mendesak penganut Kristian di Malaysia untuk menampilkan diri ke hadapan untuk menyebarkan dakyah mereka di negara ini.

Desak beliau, “Sebagai golongan Kristian, kita telah dimandatkan untuk mendakyahkan ajaran Injil. Dapatkah kita berdiri di hadapan ‘Tuhan Bapa’ suatu hari nanti jika kita tidak lakukannya? Apa lagi alasan yang kita ada?”

“Siapa yang bertanggungjawab untuk Malaysia? Ini adalah tanggungjawab kamu. Mengapa kamu ada di Malaysia? Ini adalah untuk (melaksanakan) tujuan Tuhan,” jelasnya lagi.

Beliau mendesak penganut agama Kristian supaya bangkit untuk menakluki Malaysia dengan sebaran dakyah dan pembukaan gereja di setiap kampung supaya negara ini boleh menjadi Kerajaan Tuhan umat Kristian.

Desak beliau, “Namun, Kehendak Tuhan secara umum buat kita semua di Malaysia adalah untuk menakluki negara ini dengan Kerajaan Tuhan. Kita adalah dipanggil untuk membawa prinsip-prinsip dan budaya-budaya Tuhan ke dalam Malaysia.”

Beliau berkata lagi, “Matlamat kita adalah setiap kampung perlu ada sekurang-kurangnya satu gereja (house church), sebagai rumah api bagi Isa al-Masih, supaya tidak akan ada orang yang berkata, ‘Saya belum pernah dengar lagi berkenaan ajaran Injil.'”

Afeef Halasah juga merupakan pengasas dan Ketua Pengarah untuk Arabs for the Arabs (AFTA), sebuah organisasi yang mempunyai matlamat untuk menempatkan gereja di setiap bandar-bandar utama di kesemua 23 buah negara Islam di Timur Tengah. 

Comments