Home Tempatan Saran LGBT Guna Tandas OKU, Timbalan Menteri Agama Dibidas Aktivis OKU

Saran LGBT Guna Tandas OKU, Timbalan Menteri Agama Dibidas Aktivis OKU

SHARE

Sehari setelah Menteri Agama, Mujahid Yusuf Rawa dikritik ramai kerana ucapannya yang dikatakan telah membenarkan kumpulan pondan seperti Nisha Ayub untuk menggunakan tandas wanita, kini nampaknya Timbalan Menteri Agama, Fuziah Salleh pula bakal mengikut jejak beliau.

Menteri Agama itu bagaimanapun telah membuat kenyataan menafikan ada membenarkan kumpulan pondan menggunakan tandas wanita, jauh sekali memberikan kebenaran. Namun, beliau memohon maaf jika kenyataan beliau Jumaat lepas telah menimbulkan sebarang kekeliruan.

Fuziah Salleh walau bagaimanapun telah menimbulkan polemik baru apabila memilih jalan mudah dengan menyarankan kumpulan LGBT untuk berkongsi tandas dengan kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU).

Young Professionals (YP) berpandangan bantuan yang mahu dihulurkan kepada pihak LGBT tidak sepatutnya dilakukan dengan meminggirkan pihak yang lain, khasnya kumpulan OKU yang sememangnya kumpulan minoriti yang agak terpinggir di negara kita.

YP dalam kenyataannya mendedahkan beberapa permasalahan yang telah dihadapi kumpulan minoriti OKU seperti tandas OKU berkunci, digunakan sebagai tempat persalinan lampin, sebagai tandas kanak-kanak dan ada yang dijadikan tempat simpanan alatan mencuci seperti mop lantai.

YP juga menegaskan Fuziah Salleh sebagai seorang menteri nampaknya jahil beberapa perundangan tempatan dan konvensyen antarabangsa yang melindungi hak-hak OKU dan ianya harus dihormati semua. Kerajaan Malaysia juga dibawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 adalah berkewajipan untuk memastikan hak-hak OKU terjaga dan OKU mudah mendapat akses kepada hak-hak tersebut.

Anthony Thanasan seorang aktivis OKU terkenal merangkap Presiden Petpositive berpandangan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Agama itu adalah tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima.

Comments