Home Antarabangsa Sami radikal Myanmar dilarang berucap

Sami radikal Myanmar dilarang berucap

SHARE

YANGON: Seorang sami Buddha Myanmar yang terkenal dengan kecaman anti-Islam dilarang berucap dalam satu majlis susulan pembunuhan seorang peguam Muslim terkenal sekali gus mengejutkan negara yang terkenal dengan ketegangan agama itu.

Ko Ni, seorang penasihat perundangan dihormati parti pemerintah Liga Demokrasi Nasional (NLD), ditembak di kepala tengah hari Ahad lalu ketika sedang menunggu di luar lapangan terbang di sini sambil mendukung cucunya.

Ketika pembunuhan seorang individu politik di Myanmar jarang berlaku, negara majoriti penduduk Buddha itu berdepan keganasan agama sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pergolakan itu sebahagiannya dipersalahkan ke atas retorik anti-Islam disebarkan sami Buddha radikal.

Seorang pegawai dari bandar selatan Pathein berkata , pihak berkuasa tempatan membatalkan satu acara dijangka diadakan minggu ini oleh pemimpin pergerakan, Wirathu, seorang sami yang satu ketika dulu digelar ‘wajah pengganas Buddha’ kerana ucapan anti-Islam.

Pengarah Kementerian Hal Ehwal Agama dan Budaya, Aung San Win berkata, kerajaan cuba menyekat ‘tulisan yang mungkin mencetuskan ketegangan berikutan pembunuhan penasihat perundangan NLD, U Ko Ni.’ -AFP

Berita Harian

Comments