Home Tempatan Saman Anak-Anak Haram Yang Serbu Zouk — Siti Kasim

Saman Anak-Anak Haram Yang Serbu Zouk — Siti Kasim

SHARE

Kuala Lumpur: Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sebuah premis kelab malam terkemuka baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan Siti Kasim.

Ops BAH tersebut turut disertai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia serta beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaaan (NGO) termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Tokoh masyhur dari Majlis Peguam tersebut juga mendesak pihak Zouk supaya mengambil tindakan mahkamah ke atas “anak-anak haram” tersebut.

Siti Kasim berkata, “Siapakah mereka ini? Tolonglah, boleh Zouk saman a**holes ini? Atau mereka di dalamnya? Saman mereka berhabis-habisan.”

“Anak-anak haram ini makin melampau.”

Luahan kemarahan beliau itu mendapat sambutan yang hangat daripada teman-teman media sosial Facebooknya, malah salah seorang daripada mereka tergamak menginginkan agar maut menimpa mereka yang terlibat dalam Ops BAH tersebut.

Beberapa bulan yang lepas, Siti Kasim pernah menempelak Universiti Malaya kerana terlibat dalam menganjurkan sebuah seminar agama yang beliau sifatkan sebagai “sampah”.

Comments