Home Tempatan Salleh: Berita palsu gugat demokrasi, salah guna kebebasan

Salleh: Berita palsu gugat demokrasi, salah guna kebebasan

SHARE

KUALA LUMPUR, 7 Feb — Demokrasi dan kebebasan bersuara perlu dilindungi daripada maklumat dan berita palsu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata keutuhan kedua-dua perkara itu perlu ditegakkan dengan mengekang salah guna kebebasan  bersuara oleh mereka yang menyebarkan maklumat dan berita palsu.

Katanya, pemimpin Pakatan Harapan mendakwa undang-undang  baharu yang dicadangkan bagi membendung salah guna kebebasan bersuara dan berita palsu bertujuan untuk menyembunyikan kebenaran.

“Malah, dunia Barat mula mengkaji semula kebebasan bersuara dan kini menganggap maklumat dan berita palsu sebagai bukan kebebasan bersuara tetapi ancaman kepada demokrasi,” katanya  dalam catatan terbaharu blog  sskeruak.blogspot.my.

Menurutnya Britain, tonggak demokrasi dan kebebasan bersuara, juga berpendapat bahawa orang ramai telah menyalahgunakan kebebasan bersuara dan ia sedang menimbang untuk menggubal undang-undang baharu bagi membendung perkara itu.

Menteri berkenaan berkata undang-undang antiberita palsu yang baharu itu adalah terpakai kepada semua dan bukan hanya tertakluk kepada politik berikutan meningkatnya berita-berita palsu.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

The Malay Mail Online

Comments