Home Tempatan Salah jika guna dekoder tanpa perakuan SKMM

Salah jika guna dekoder tanpa perakuan SKMM

SHARE

KUALA LUMPUR: Mana-mana individu yang memiliki atau menjual dekoder atau Set Top Box (STB) DVB-T2 televisyen terestrial digital (DTT) tanpa label Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh didakwa.

Kegagalan mematuhi perkara itu, sama ada memiliki atau menjual mana-mana peranti yang tidak diperakui SKMM, adalah satu kesalahan yang boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

SKMM dalam kenyataan berkata, pihaknya membuka penjualan dekoder atau Set Top Box (STB) DVB-T2 televisyen terestrial digital (DTT) ke pasaran negara ini berkuatkuasa 15 Ogos lalu dengan syarat ia mempunyai label ‘MCMC’.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments