Home Antarabangsa Saksi dakwa Ahok putar belit ayat al-Quran

Saksi dakwa Ahok putar belit ayat al-Quran

SHARE

JAKARTA, 4 Jamadilawal 1438H, Jumaat – Pemimpin Barisan Pembela Islam (FPI), Rizieq Shihab memberitahu mahkamah bahawa Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama menghina Islam apabila memetik ayat suci al-Quran ketika berkempen.

Rizieq yang menjadi saksi untuk kes ini menegaskan ucapan Ahok secara keseluruhannya bersifat menghina agama.

Katanya, Ahok memutar belitkan ayat suci al-Quran.

“Ini yang saya maksudkan sebagai menghina agama,” tegasnya.

Rizieq sebelum ini dilaporkan menggerakkan puluhan ribu umat Islam negara itu bagi membantah tindakan Ahok.

Ahok mencetuskan kemarahan kumpulan Islam apabila mendakwa lawannya dalam pilihan raya gabenor Jakarta menipu pengundi menggunakan surah al-Maidah supaya tidak memilih pemimpin bukan Islam.

Berdasarkan undang-undang di Indonesia, sesiapa yang didapati bersalah menghina agama boleh dihukum penjara lima tahun.-Agensi

Comments