Home Antarabangsa Saintis Muda Malaysia Juara Dunia Fame Lab International 2018

Saintis Muda Malaysia Juara Dunia Fame Lab International 2018

SHARE
DR Siti Kayriyyah dinobatkan sebagai juara dunia Famelab International 2018. - Foto ihsan Twitter Fame Lab

CHELTENHAM, United Kingdom: Saintis muda Malaysia, Dr Siti Kayriyyah Mohd Hanafiah, 33, mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai juara dunia pada pertandingan FameLab International 2018 di sini, baru-baru ini.

Beliau berjaya menawan hati panel juri dan memukau beratus-ratus penonton di The Arena, Cheltenham melalui pembentangan beliau berkenaan penggunaan pasangan antibodi-antigen untuk diagnosis penyakit tibi.

Beliau perlu bersaing dengan 11 finalis yang datang dari pelbagai negara seperti Australia, Itali, Ireland, Qatar, Korea dan Portugal sebelum muncul sebagai juara akhir.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments