SHARE

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang diusul Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang dipaparkan dalam tentatif Aturan Urusan Mesyuarat bertarikh 7 Mac ini adalah usul lama tanpa pindaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata beliau menerima surat daripada Setiausaha Dewan Rakyat bertarikh hari ini yang memohon maaf dan menjelaskan bahawa ia adalah satu kesilapan teknikal yang tidak disengajakan oleh Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat.

“Pihak Parlimen akan menggantikan usul berkenaan dengan usul baharu sebagaimana dipinda oleh Ahli Parlimen Marang pada mesyuarat 24 November lalu dalam Aturan Urusan Mesyuarat muktamad pada 7 Mac iaitu Selasa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, portal berita menyiarkan versi asal usul Hadi bagi membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) berada dalam Peraturan Mesyuarat Parlimen, tanpa sebarang pindaan yang dibuat pada November lalu.

Menurut petikan Peraturan Mesyuarat yang diteliti portal berita itu, usul itu diletakkan pada nombor tujuh dalam senarai bil dan usul untuk sesi Parlimen yang akan bersidang mulai Isnin ini.

Hadi pada sesi terakhir Parlimen, November lalu meminda usul itu dengan menaikkan had hukuman penjara kepada 30 tahun, denda hingga RM100,000 dan maksimun 100 kali sebatan. Hukuman syariah buat masa ini adalah hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, denda hingga RM5,000 dan maksimum enam kali sebata

Berita Harian

Comments