Home Tempatan RUU355 cantik jika dilihat dari sudut Islam

RUU355 cantik jika dilihat dari sudut Islam

SHARE

KUALA ROMPIN – Pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 atau lebih dikenali RUU355 merupakan sutu yang cantik.

Ketua Penolong Peangarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Adnan Mamat, berkata, namun ia tidak dilihat begitu selepas pelbagai persepsi diwujudkan dengan menganggap ia isu politik.

“Tetapi sebagai umat Islam kita pandang ia sebagai satu peluang bagi meningkatkan martabat Islam di negara ini terutama dalam bentuk perundangan.

“Justeru itu semua pihak perlu menyokong tanpa melihat kedudukan politik atau kepentingannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau pemasangan papan tanda jauhi maksiat di beberapa lokasi di kawasan Kuala Rompin.

Dalam pada itu, Adnan turut melihat bahawa isu RUU355 itu ada hikmahnya kepada masyarakat kerana selama masyarakat umum tidak tahu berkaitan kesalahan jenayah syariah.

Menurutnya, masyarakat kini mula mengkaji dan membuat penilaian lalu menyedari selama ini martabat mahkamah syariah itu lebih rendah berbanding mahkamah sivil berdasarkan kadar hukuman.

“Inilah masanya dan tiada sebab tak sokong, saya seru semua ahli parlimen terutama yang beragama Islam supaya menilai dari sudut Islam, bukan politik supaya ia diluluskan,” katanya.

Sinar Online

Comments