Home Tempatan RUU 355 Bakal Dibentangkan Oleh Menteri?

RUU 355 Bakal Dibentangkan Oleh Menteri?

SHARE

Kuala Lumpur: Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau lebih dikenali sebagai RUU 355 dijangka bakal dibentangkan pada sesi kali ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) untuk 13 November 2017 yang diterbitkan oleh laman web rasmi Parlimen, RUU 355 berada pada perkara 7.

Menurut AUM, pindaan RUU 355 bakal diusulkan oleh Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi.

Sebelum ini terdapat beberapa parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam sering mendakwa bahawa pemerkasaan Mahkamah Syariah kelak akan mengakibatkan campur tangan institusi Islam ke dalam urusan harian bukan Islam.

Namun demikian, apabila berlakunya kes seperti larangan pemakaian tudung di hotel-hotel ternama baru-baru ini dan campur tangan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam urusan fatwa negeri tidak pula dilihat sebagai sebuah campur tangan ke dalam urusan umat Islam oleh golongan bukan Islam.

 

Comments