Home Tempatan RUU 355 akan dibahas hujung bulan ini

RUU 355 akan dibahas hujung bulan ini

SHARE

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menjangkakan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah, Akta 355 akan dibahas di Parlimen hujung bulan ini.

Menurutnya, ia akan mula dibahaskan selepas bahas Titah Tuanku.

“RUU 355 menjadi bahas utama selepas bahas Titah Tuanku dan dijangka mula dibahas hujung bulan ini,” katanya ketika ditemui Sinar Online di Dewan Rakyat.

Di dalam usul Parlimen, pindaan RUU 355 merupakan perkara ketujuh manakala untuk usul persendirian pula, ia merupakan perkara pertama.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad mengharapkan agar pindaan Akta 355 dapat dibahaskan di Parlimen.

Katanya,  usul persendirian memerlukan cadangan daripada salah seorang menteri di Parlimen sebelum dibahaskan secara rasmi.

“Kita berharaplah, Pas hanya berusaha, ALLAH SWT yang akan menentukan, moga-moga dibukakan hidayat untuk perkara ini.

“Lagi satu, tidak semua jalan akan dimudahkan, kalau nak senang je baik duduk dengan Umno, sebab itu kita berjuang di atas landasan ini,” katanya lagi.

Sinar Online

Comments