Home Tempatan Rusuhan Buddha-Islam di Sri Lanka

Rusuhan Buddha-Islam di Sri Lanka

SHARE

SERANGAN perusuh Hindu terhadap minoriti Islam berlaku dari masa ke masa di India bukan saja masa zaman penjajahan British tetapi juga selepas negara itu mencapai kemerdekaan pada tahun 1947.

Walaupun Pakistan diwujudkan antara lain untuk mengelak perga- duhan antara agama itu tetapi ia turut disertakan dengan perang antara kedua-dua negara yang mana konflik Kashmir masih berlanjutan.

Empayar British mencakupi bukan saja India tetapi juga Pakistan, Bangladesh, Myanmar dan Sri Lanka. Di bawah British, Myanmar dipanggil Burma dan Sri Lanka adalah Ceylon. Pakistan dan Bangladesh adalah sebahagian daripada India. Kedua-dua India dan Burma diperintah dari Calcutta, kini dikenali sebagai Kolkota yang merupakan ibu negeri West Bengal atau Benggala Barat.

East Bengal atau Benggala Timur kini menjadi Bangladesh selepas berpisah daripada Pakistan. Ceylon ditadbir secara berasingan di kota Colombo. Ceylon pula mencapai kemerdekaan pada tahun 1948 dan menukar namanya kepada Sri Lanka pada tahun 1972.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments