Home Antarabangsa Rundingan damai Palestin-Israel diperluas kepada China, Liga Arab

Rundingan damai Palestin-Israel diperluas kepada China, Liga Arab

SHARE

NEW YORK, 23 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Proses Damai Timur Tengah yang diketuai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) diperluas kepada China, negara-negara Arab dan persidangan antarabangsa.

Wakil Palestin di PBB, Riyad Mansour berkata demikian selepas Presiden Mahmoud Abbas menyatakan kesediaannya menerima panel antarabangsa untuk menjadi orang tengah berkaitan rundingan damai dengan Israel.

“Kita menyatakan pendekatan kolektif melibatkan beberapa pihak, yang sekurang-kurangnya akan mempunyai peluang lebih baik untuk berjaya berbanding pendekatan satu negara yang begitu dekat dengan Israel,” katanya.

Sebelum ini, Mahmoud Abbas menolak peranan Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Donald Trump sebagai orang tengah dalam rundingan damai antara negara itu dan Israel, selepas pengumuman presiden itu terhadap Baitulmaqdis pada awal Disember lalu.

Mansour berkata, proses damai kolektif itu akan mengikuti format Majlis Keselamatan PBB, yang dilihat sebagai langkah serius.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments