Home Tempatan ‘RUMAH UNTUK DISEWA, ORANG ISLAM SAHAJA’ Salahkah?, Kata Bekas Ketua Hakim Negara

‘RUMAH UNTUK DISEWA, ORANG ISLAM SAHAJA’ Salahkah?, Kata Bekas Ketua Hakim Negara

SHARE

BANGI, 25 Muharram 1439H, Ahad – Salahkah jika dalam iklan mereka menyebut ‘Orang Islam Sahaja’? Demikian persoalan yang diketengahkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, ketika mengulas mengenai isu kedai dobi untuk muslim sahaja yang hebuh diperkatakan baru-baru ini.

Beliau merujuk kepada kebanyakan orang Islam yang keberatan menyewa rumah mereka kepada orang bukan Islam kerana tidak mahu haiwan serta daging yang haram disentuh dan dimakan umat Islam.

“Demikian juga, kebanyakan orang Islam keberataan menyewa rumah mereka kepada orang bukan Islam kerana mereka tidak mahu anjing masuk ke dalam rumah mereka atau makanan yang mengandungi daging babi di bawa masuk ke dalam rumah mereka atau mereka tidak mahu daging babi atau makanan yang mengandungi daging babi diletak di dalam peti ais mereka, jika ia disediakan.

“Salahkah jika dalam iklan mereka menyebut “Orang Islam Sahaja”?

Klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments