Home Tempatan Rukunegara Mukadimah Perlembagaan: Wawancara Bersama Dr Shamrahayu

Rukunegara Mukadimah Perlembagaan: Wawancara Bersama Dr Shamrahayu

SHARE

Rukunegara Mukadimah Perlembagaan (RMP) masih menjadi topik hangat yang dibincangkan oleh netizen disebabkan timbul kekhuatiran mengenai ketidakfahaman penggerak RMP itu sendiri termasuk keseluruhan masyarakat Malaysia berhubung keperluannya untuk dimasukkan sebagai mukadimah kepada Perlembagaan Negara.

Mutakhir ini, kita mendengar cadangan oleh sekumpulan masyarakat sivil untuk menjadikan Rukunegara sebagai Mukadimah kepada Perlembagaan Persekutuan. Ketika ini, ia hampir menjadi satu lagi polemik dalam negara kita. Mukadimah atau dikenali dalam bahasa Inggerisnya preamble boleh diterjemahkan sebagai pernyataan atau pengenalan. Tujuannya adalah untuk memberikan gambaran umum dan ringkas, menyatakan tujuan dan mencipta semangat kekitaan dan juga boleh menjelaskan kekaburan.

Menjadi tanggungjawab menara.my mencari jawapan dan pandangan pihak yang terlibat bagi memastikan isu ini difahami ke seluruh pelusuk pemikiran rakyat agar perkara ini tidak menjejaskan Rang Undang-Undang (RUU) Negara.

Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik (SYARAK) di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Profesor Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz ketika ditemubual berpandangan gerakan sebegini perkara lumrah dalam sistem demokrasi.

Beliau berpendapat tidak salah untuk menjadikan Rukunegara sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan, akan tetapi adakah terdapat keperluan untuk berbuat demikian?

Kewujudan Rukunegara sebagai mukadimah akan mengubah cara Perlembagaan ditafsirkan. Ini kerana setiap perkara yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan akan merujuk kepada Rukunegara.

Terdapat banyak negara di dunia ini yang mempunyai mukadimah kepada Perlembagaan masing-masing, sebagai contohnya Amerika Syarikat dan India.

Menurut beliau lagi, perlembagaan untuk negara-negara seperti Amerika Syarikat dan India, mukadimah Perlembagaan tidak mengikat teks Perlembagaan, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mutlak. Terdapat hakim-hakim yang membuat keputusan, walaupun keputusan minoriti, memutuskan bahawa Mukadimah mengikat teks Perlembagaan.

Muat Turun Wawancara Eksklusif Bersama Prof Shamrahayau

Comments