Home Tempatan RM1.4 Bilion Untuk SJKC, Bahasa Kebangsaan Masih Belum Fasih

RM1.4 Bilion Untuk SJKC, Bahasa Kebangsaan Masih Belum Fasih

SHARE

Putrajaya: Sebanyak RM1.4 bilion telah dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan dan kemandirian sekolah-sekolah vernakular seawal tahun 2009 lagi.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Utusan Online, sejak daripada 2009 Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM565 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sahaja.

Ini belum lagi mengambil kira bantuan seperti derma dan sumbangan persendirian, syarikat, organisasi dan lain-lain yang diterima oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) seluruh negara yang mungkin mencecah puluhan juta ringgit secara keseluruhan.

Satu laporan lain yang diterbitkan oleh Astro Awani menyatakan perbelanjaan sebanyak RM760 juta telah diperuntukkan untuk pembinaan 6 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) pada tahun 2016.

Menurut senarai sekolah-sekolah prestasi tinggi yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan, belum ada satu pun sekolah jenis kebangsaan yang menduduki mana-mana tempat dalam senarai tersebut.

Baru-baru ini YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah mengumumkan dana sebanyak RM150 juta untuk tabung penambahbaikan dan penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Mubaligh manakala sekolah agama bantuan kerajaan pula mendapat RM50 juta melalui pembentangan Bajet 2018 pada hari Jumaat baru-baru ini.

Ramai yang mengkritik tindakan tersebut kerana dana yang disalurkan boleh digunakan untuk membantu sekolah-sekolah kebangsaan. Malah, walaupun pelbagai bantuan dihulurkan dengan jumlah begitu besar, namun prestasi sekolah jenis kebangsaan dikatakan kekal hambar berbanding dengan sekolah kebangsaan.

Comments