Home Tempatan Risda jalin kerjasama dengan NGO Islam Filipina bangunkan industri halal

Risda jalin kerjasama dengan NGO Islam Filipina bangunkan industri halal

SHARE
Zahidi (kanan) menyampaikan Anugerah Vendor Terbaik RISDA kepada Ketua Pegawai Eksekutif Felda Transport Services Sdn Bhd Idris Pilus (kiri) pada Majlis Anugerah Vendor Terbaik RISDA Fleet Sdn Bhd bagi tahun 2017 pada Isnin. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Islam, Interfaith Believers for Change, dari Manila, Filipina untuk membangunkan industri halal di negara itu mulai April ini.

Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata usaha itu meliputi penubuhan jawatankuasa halal, pengendalian umrah dan haji serta mewujudkan perkampungan industri halal di Mindanao.

Beliau berkata, potensi pasaran halal di Filipina juga tinggi memandangkan penduduk Islam di negara itu berjumlah kira-kira 20 juta.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments