Home Tempatan Ringgit Jatuh Paling Teruk Dalam 18 Bulan

Ringgit Jatuh Paling Teruk Dalam 18 Bulan

SHARE

Kuala Lumpur: Ringgit mencatatkan kejatuhan paling teruk semenjak November 2016 setelah pasaran mata wang dibuka pada hari ini.

Menurut laporan oleh Free Malaysia Today, ringgit jatuh sebanyak 0.9% dan Perkhidmatan Pelabur Moody’s menyatakan bahawa terdapat risiko kepada bajet sekiranya GST dihapuskan dan tidak digantikan dengan mekanisme penjana pendapatan yang lain.


7 Tuntutan Kedaulatan Islam
Menurut peniaga matawang di INTL FCStone Singapura, Mingze Wu, nilai penanda aras yang menjadi perhatian adalah 4.00.

“Mahathir menyatakan bahawa mereka akan masuk campur sekiranya terdapat pasaran menjadi hura-hara demi menstabilkan pasaran sedikit sebanyak. Satu-satunya cara untuk menenangkan pelabur adalah dengan mengemukakan rancangan ekonomi baru.”

Pengerusi Kumpulan CIMB, Nazir Razak optimis berkenaan keadaan pasaran pasca pilihan raya.

Pemerhati pasaran menjangkakan ekuiti bakal jatuh disemua papan apabila pasaran dibuka kembali dengan syarikat berkaitan kerajaan, indeks piawai dan syarikat infrastruktur mengalami penjualan.

Affin Hwang Asset Management Bhd menjangkakan kejatuhan pasaran sebanyak 8% dalam beberapa hari pasca pilihan raya.

Comments