Home Antarabangsa Remaja Palestin maut ditembak Zionis

Remaja Palestin maut ditembak Zionis

SHARE
SEKURANG-KURANGNYA 61 penduduk Palestin dibunuh, ketika ribuan penunjuk perasaan menghampiri pagar sempadan yang dikawal ketat. - Foto fail AFP

GAZA: Seorang remaja Palestin berusia 13 tahun yang ditembak tentera Israel baru-baru ini dalam tunjuk perasaan di Semenanjung Gaza meninggal dunia akibat kecederaannya, semalam kata Kementerian Kesihatan di wilayah dikuasai Hamas.

Jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra berkata, Zakaria Bishbash ditembak tentera Israel di bahagian perut, beberapa hari lalu, namun beliau tidak memberikan butiran lanjut.

Sekurang-kurangnya 132 penduduk Palestin dibunuh, sejak tunjuk perasaan besar-besaran di sepanjang sempadan Gaza mulai 30 Mac lalu. Namun, tiada seorang pun warga Israel terbunuh.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments