Home Tempatan Remaja ditahan muat naik kenyataan jelik kepada Sultan Johor

Remaja ditahan muat naik kenyataan jelik kepada Sultan Johor

SHARE

JOHOR BAHRU, 25 Rejab 1438H, Sabtu – Seorang lelaki ditahan dipercayai memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Institusi Diraja Johor di laman Facebook (FB).

Remaja berusia 18 tahun itu ditahan kira-kira jam 6 petang semalam di Padang Serai, Kedah hasil tindakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd memberitahu, suspek ditahan selepas laporan diterima Kontinjen Johor berkaitan penyalahgunaan laman media sosial itu.

“Satu kertas siasatan dibuka bagi menjalankan siasatan dan lelaki terbabit dipercayai individu bertanggungjawab memuat naik kenyataan jelik berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jelas beliau, kes ini disiasat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya selain boleh didenda selanjutnya bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

“Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyalahgunakan media dengan memuat naik kenyataan yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak,” katanya.

Comments