Home Antarabangsa Rejim Zionis lancar serangan udara

Rejim Zionis lancar serangan udara

Ribuan penduduk Palestin di Gaza terus jadi sasaran

SHARE
ASAP tebal menyelubungi ruang udara Gaza City selepas bandar itu dibedil ratusan roket dan mortar oleh rejim Zionis, kelmarin. AFP

BAITULMUQADDIS 16 Julai – Ribuan orang awam Palestin dijangka terus menjadi sasaran Israel dalam percubaan rejim Zionis untuk melancarkan serangan terhadap pejuang Hamas di genting Gaza.

Penganalisis politik, Robert Inlakesh memberitahu portal berita Press TV, Israel akan terus menjadikan orang awam Palestin sebagai mangsa kerana takut dengan tindak balas serius sekiranya mereka membedil kubu pejuang pergerakan Hamas.

“Kita boleh menjangkakan kemungkinan puluhan ribu orang awam akan terkorban akibat bedilan tentera Israel yang se­ngaja melakukan kekejaman itu untuk mencetus provokasi terhadap Hamas.

“Tentera Israel tidak mampu membedil pejuang Hamas kerana takut kehilangan tentera mereka dan mereka sebenarnya pengecut. Mereka tidak mampu menentang Hamas di medan perang,” katanya.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments