Home Antarabangsa Rejim Israel curi dokumen penting Masjid Al-Aqsa

Rejim Israel curi dokumen penting Masjid Al-Aqsa

SHARE

JERUSALEM, 15 Zulkaedah 1438H, Selasa – Pihak berkuasa rejim Zionis dilaporkan mencuri dokumen penting dari Masjid Al-Qasa yang berkaitan harta dan sumbangan ketika ,menutup masjid ketiga suci umat Islam bulan lalu.

Pengerusi Pusat Antarabangsa Jerusalem, Hassan Khater berkata, mereka telah mencuri dokumen dari bilik, perpustakaan, arkib dokumentari Masjid Al-Aqsa ketika anggota keselamatan rejim itu bersendirian di masjid berkenaan.

Beliau berkata, bahan yang dicuri itu, termasuk ‘dokumen rahsia dan tandatangan yang kemungkinan besar boleh dipalsukan oleh rejim Israel.

Khater menegaskan keupayaan Israel untuk memalsukan dokumen akan merugikan kekayaan kota ini.

Beliau bimbang kemungkinan rejim Israel akan menggunakan dokumen ini untuk melaksanakan pelbagai rancangan di bandar suci itu. -Agensi

Comments