Home Tempatan Rebut ganjaran Ramadan yang mulia

Rebut ganjaran Ramadan yang mulia

SHARE
Zulkiflee Bakar
 SYUKUR kepada Allah SWT kerana sekali lagi kita berpeluang menyambut fajar 1 Ramadan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kedatangan satu Ramadan disambut dengan penuh ketenangan walaupun negara kita baru sahaja melalui pesta demokrasi berikutan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang diadakan pada minggu lalu.

Penulis tidak berhasrat mengulas mengenai pilihan raya tersebut kerana rakyat sudah membuat keputusan. Kita perlu menghormati proses demokrasi yang berlaku. Tidak perlu berhujah panjang, berdebat atau mencetuskan polemik kerana semuanya sudah berakhir.


7 Tuntutan Kedaulatan Islam
Cukup-cukuplah kita berpolitik. Biarkanlah kerajaan sedia ada menjalankan tugasnya manakala pihak yang tewas pula membuat kajian untuk bangkit semula.

Sebagai hamba Allah, adalah lebih baik pada bulan suci ini kita mengambil kesempatan untuk bermuhasabah menilai diri bukan sahaja bagi mencapai kebahagiaan di dunia tetapi juga akhirat.

Inilah kesempatan terbaik kepada kita untuk memohon keampunan kepada Allah SWT terhadap dosa-dosa yang kita lakukan. Tidak kira siapapun kita, sudah pasti kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan.

Tidak payahlah terus mahu berpolitik di laman-laman sosial dengan menyindir atau mengumpat antara satu sama lain. Tidak ada faedah pun sebaliknya hanya menghilangkan pahala puasa sahaja.

Allah SWT berikan kesempatan kepada kita untuk me­nyambut Ramadan sekali lagi bagi membolehkan kita mempertingkatkan ketakwaan kepada-Nya. Memang benar kemenangan untuk dirai tetapi bukan dengan cara mengejek pihak yang kalah apatah lagi sesama Islam.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments