Home Tempatan Ratifikasi ICCPR: PAS Kecewa Dengan Menteri Luar Negeri

Ratifikasi ICCPR: PAS Kecewa Dengan Menteri Luar Negeri

SHARE

Parti politik PAS kecewa dengan kenyataan pertama Menteri Luar Negeri YB Datuk Saifuddin Abdullah bertajuk, “Saifuddin pledges to push for ratification of six international human rights conventions” yang disiarkan oleh The Star bertarikh 2 Julai 2018.

Ini kerana tuntutan-tuntutan yang dikemukakan dalam syor International Convention Against All Forms of Racial Discrimination, Convenant on Civil and Political Rights (ICCPR) tersebut selari dengan tuntutan kontroversi pihak COMANGO yang jelas boleh menghakis kedudukan Islam, di samping mengiktiraf kewujudan LGBT termasuk menzahirkan kewujudan Syiah di Malaysia.

“Hal ini akan membangkitkan sensitiviti umat Islam di Malaysia,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Bin Hassan.

Tegasnya lagi, salah satu dari konvensyen yang masih belum diratifikasi oleh Malaysia adalah International Convention Against All Forms of Racial Discrimination, Convenant on Civil and Political Rights (ICCPR).

“Delegasi Pertubuhan-Pertubuhan Islam dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro) telah melobi pihak kerajaan untuk tidak meratifikasi syor-syor ICCPR khususnya kerana terdapat percanggahan peruntukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Malaysia.”

“PAS amat kecewa dengan kenyataan pertama Menteri Luar Negeri dan ia juga adalah salah satu daripada Manifesto Pakatan Harapan. Amat malang rakyat hari ini, apabila isu-isu ekonomi tidak diselesaikan oleh kerajaan sebaliknya sibuk membangkitkan pelbagai isu yang mencabar status quo Islam dan Melayu di Malaysia.”

Comments