Home Tempatan Rangkaian masjid seluruh dunia diwujudkan

Rangkaian masjid seluruh dunia diwujudkan

SHARE

SHAH ALAM – Persidangan Ulama Muslimin Asia Untuk Membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin sepakat mewujudkan rangkaian masjid sedunia bagi menangani isu umat Islam di seluruh dunia terutamanya dalam mempertahankan Masjid Al-Aqsa.

Timbalan Presiden Sekretariat Palestin Malaysia (SPM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, rangkaian tersebut akan dimulakan di negara Asean terlebih dahulu sebelum ia dikembangkan secara meluas ke seluruh dunia.

“Masjid adalah aset terpenting bagi umat Islam di mana terdapat jutaan masjid di seluruh dunia. Kita telah sebut bahawa orang Islam mesti bersatu dan jangan ada kompromi tentang kewujudan Israel sebagai negara penjenayah.

“Tapi oleh kerana masjid tidak digembleng dengan baik, ia telah menyebabkan maklumat mengenai situasi umat Islam di seluruh dunia tidak sampai sekali gus kesedaran di kalangan umat Islam sendiri menjadi cetek,” katanya pada sidang media Persidangan Ulama Muslimin Asia Untuk Membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin, hari ini.

Persidangan anjuran SPM yang berlangsung selama tiga hari itu disertai seramai 50 peserta termasuklah delegasi daripada Lubnan, Iran, Palestin, Libya, India, Singapura, Australia dan Thailand.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Sinar Online

Comments