Home Tempatan Ramai sertai militan Daesh ‘zero-knowledge’ mengenai Islam

Ramai sertai militan Daesh ‘zero-knowledge’ mengenai Islam

SHARE

BANGI, 2 Syaaban 1438H, Sabtu – Ahli Lembaga Akademik Persatuan Ulama dan Guru-Guru Islam Singapura (PERDAS), Ustazah Kalthom Mohammad Isa berkata, kebanyakan daripada belia yang terjebak dalam kumpulan militan Daesh sebenarnya jahil mengenai Islam.

Menerusi sesi kaunseling yang pernah dijalankannya bersama bekas ahli kumpulan itu, beliau mendapat maklumat bahawa rata-rata mereka yang menyertai militan itu mempunyai jiwa yang lemah.

Beliau berkata, ada juga remaja perempuan yang terjebak dengannya kerana ingin mencari pasangan yang kononnya boleh membimbing ke jalan yang benar.

“Ramai yang ada boyfriend dalam kalangan militan Daesh ini. Kebanyakan mereka ini asalnya banyak yang terlanjur. Kiranya masa silam mereka itu buruk.

“Jadi mereka mahu berubah dan Militan Daesh ini janjikan ‘paradise’ pada mangsa-mangsa ini sekiranya menyertai mereka. Bahkan ada yang mahu sponsor dan memberi duit kepada mereka. Ada pula yang menceritakan, ‘Ustazah, brothers ini selalu ingatkan saya untuk solat’.

“Mereka jahil. Knowledge kosong. Jadi cepat terpedaya,” katanya pada Muzakarah Ulama Majlis Ulama Isma (Muis) yang diadakan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ustazah Kalthon yang juga Ahli Lembaga Rayuab Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) itu berkata, untuk mengatasi isu ini, ulama perlu mahir untuk melawan kembali agenda yang digunakan militan Daesh terutama melalui media sosial.

“Kita perlu pantau secara kerap. Para asatizah perlu mahir dalam bidang media. Ini kerana media memainkan peranan yang sangat penting dalam golongan generasi muda ini.

“Kita kena beri alternatif kepada para asatizah untuk menggunakan media sosial dan memberi panduan kepada mereka untuk membendung gejala ini,” tegasnya.

Muzakarah kali ke-5 anjuran Muis ini dihadiri pelbagai pihak seperti ahli akademik serta wakil-wakil ulama dari negara serantau seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

Antara isu yang dibincangkan adalah mengurus kepelbagaian aliran dalam konteks penyatuan umat Islam serantau.

Comments