Home Antarabangsa Ramai mahu Ahok dipenjarakan – FUI

Ramai mahu Ahok dipenjarakan – FUI

SHARE
GABENOR Basuki 'Ahok' Tjahaja. - Foto AFP

JAKARTA: Sebuah kumpulan penyokong Islam, Forum Rakyat Islam (FUI) berjanji mengadakan perhimpunan aman bagi membantah Gabenor Basuki ‘Ahok’ Tjahaja Purnama di hadapan bangunan Parlimen hari ini.

Penyelaras bantahan FUI, Bernard Abdul Jabbar berkata semalam, lebih 10,000 orang akan membuat bantahan bagi menuntut kerajaan menyingkirkan Ahok daripada jawatannya dan supaya polis menahannya segera atas tuduhan menghina agama.

“Ramai orang mahu Ahok dipenjarakan,” kata Bernard dalam sidang media di ibu pejabat polis ibu kota ini.

Beliau bagaimanapun menafikan khabar angin FUI cuba menduduki Parlimen.

“FUI tiada kena mengena dengan perkara itu. Kami tidak bertanggungjawab atas laporan palsu. Saya dapat beri jaminan kami akan mengadakan bantahan aman. Kami memilih Parlimen sebagai lokasi kerana ia menjadi simbol rakyat Indonesia,” katanya. – The Jakarta Post

Berita Harian

Comments